"Nak Hamil Tapi Masih 'Stuck'? Ini 3 Hakikat Kesuburan Yang Pasangan Wajib Tahu"
Assalammualaikum & Salam Manis.... Nak Hamil Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana? Ini Pembongkaran Penting Dari Forum 'Before We Bloom' Rasa tertekan bila orang asyik tanya, "Bila nak berteman?" atau "Bila nak ada berita gembira?" Jangan risau, anda dan pasangan tidak berseorangan. Soalan pasal kesuburan dan perancangan kehamilan (trying to conceive / TTC) memang sensitif, tapi ia bukanlah perkara yang tabu untuk dibincangkan. Baru-baru ini, Parenthood Media bersama Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) telah menganjurkan forum santai bertajuk What Women Want Forum: Before We Bloom – A Couple’s Guide to Pre-Pregnancy di Atria Shopping Gallery. Forum ini membuka ruang untuk pasangan bersoal jawab secara terbuka dengan pakar perubatan. Boleh klik link IG ni utk utk video event ni ya... https://www.instagram.com/reel/DeMDDGAS7gf/?stkn=MTQ0dGFnaDlxc3h3OA== Jom kita tengok antara maklumat penting yang dikongsikan! 1. Jaga Kesihatan Sebelum Garis Dua Muncu...