TEMERLOH UNLIMITED : DEERLAND PARK - TAMAN RUSA SEMULAJADI YANG MENARIK !
ASSALAMMUALAIKUM & SALAM MANIS.....
Masuk ke dalam DEERLAND PARK Lanchang Pahang baru-baru ini memberikan satu pengalaman menarik dan mengujakan. Deerland Park menyedikan habitat semulajadi untuk rusa-rusa yang terdapat di situ. Senang je nak cari tempat ini dengan Waze dan ia juga dekat dengan satu lagi tarikan pelancongan iaitu Santuari Gajah Kuala Gandah. Mari Ayie ceritakan apa yang best di Deerland Park ini.
Idea hebat dari pemilik taman ini iaitu En Abdullah Ahmad B Mahmud untuk membina taman rusa ini dengan kos sendiri harus dipuji. Di taman ini kita dapat mengenali haiwan tanduk bercabang ini dengan lebih dekat. Kita boleh memberi makan, dan menyentuh serta bermesra dengan rusa-rusa tersebut. Di sini lah sekiranya anda berminat dengan rusa untuk mendapatkan lebih banyak info haiwan ini.
Deerland Park berkonsepkan hutan alam semulajadi yang mempamerkan haiwan-haiwan yang pelbagai spesis dan keunikan. Bukan hanya rusa, terdapat juga pelbagai haiwan yang di tempatkan di Deerland Park seperti kucing liar, burung merak, ular dan lain-lain lagi.
Jangan lupa beli cendera hati sebagai kenangan untuk di bawa pulang. Ia juga secara tidak lansung membantu untuk melestarikan Deerland Park ini dengan setiap pembelian anda.
Tidak hanya haiwan-haiwan yang hidup di taman ini, flora dan fauna alam Deerland Park juga memberikan panorama indah Hutan Hujan Tropika Malaysia. Ia juga di lengkapkan dengan Taman Herba iaitu taman yang ada berjenis-jenis tanaman herba yang tumbuh di hutan semulajadi.
Comments
Post a Comment