TEMERLOH UNLIMITED : KUBANG GAJAH WATER PARK - TAMAN TEMA AIR KOS RENDAH YANG CERIA !

 ASSALAMMULAIKUM   &   SALAM  MANIS.......

Taman tema air seringkali menjadi pilihan untuk kita beriadah ketika bercuti dan tempat ibubapa untuk menghiburkan anak-anak. Banyak taman tema air atau waterpark yang popular di Malaysia dan bermacam-macam keseronokkan yang boleh kita rasai di tempat air ini.



KUBANG GAJAH WATER PARK adalah antara taman tema air yang terkenal di Temerloh dan sentiasa penuh khususnya pada cuti sekolah dan hujung minggu. Kerana waktu Ayie dan kawan-kawan sampai di sini pada hari bekerja, memang taman tema ini lengang kurang pengunjung tapi satu keseronokkan apabila kami mandi-manda tanpa rase sesak seperti kolam itu kami yang punya.. hahhaaahaha



Moh Ayie ceritakan keunikan dan kegembiraan yang KUBANG GAJAH WATER PARK tawarkan untuk pengunjungnya...





KOS RENDAH !

Harga tiket yang perlu dibayar boleh Ayie katakan murah dan mampu bayar dengan apa yang akan kita alami di dalam taman tema ini. Lebih-lebih lagi kalau korang mempunyai anggota keluarga dan anak-anak ramai. So, pandai-pandai lah bajet sendiri.

DEWASA = RM 12

KANAK-KANAK = RM 10

WARGA EMAS & OKU = RM 6





BOLEH BAWA MAKANAN KE DALAM !

Apa???? Biar betul ?? Iya, boleh bawa makanan dan minuman sendiri. Rasenya setakat yang Ayie pernah pergi, takde lagi taman tema air yang dibenarkan bawa makanan luar. Maka dengan itu, masak sedap-sedap dari rumah jom pergi berkelah di KUBANG GAJAH WATER PARK mandi-manda berseronok dari pagi sampai petang baru pulang. Ada juga kiosk-kiosk yang menjual makanan di dalam untuk pengunjung.

KOLAM DAN PERMAINAN AIR YANG CERIA !

Walaupun tak se-gah taman tema air besar lainnya, KUBANG GAJAH WATER PARK ada kelainan nya. Kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa tetap menjanjikan kegembiraan dan kepuasan untuk penggemarnya. Lebih-lebih lagi bagi budak-budak, apa dorang peduli semua tu, janji boleh mandi, main gelongsor dan main air sampai kecut baru nak balik. Benda boleh happy, apa nak kisah.





KESELAMATAN !

Yang paling penting, keselamatan di jaga. Ada life guard yang akan memerhati keselamatan pengunjung dan mudah untuk ibubapa memantau anak-anak mereka kerana kawasan taman tema ni tidak terlalu besar.

KEMUDAHAN LAIN !

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah seperti loker keselamatan, sewa gazebo dengan plug point, taman permainan , sewa pelampung dan kedai cenderahati. Surau dan masjid pun dekat.


WAKTU OPERASI!

                      

DI BUKA SETIAP HARI 

9.00 pagi - 7.30 malam ( cuti umum, cuti sekolah, sabtu - ahad )

10.30 pagi - 7.30 malam ( hari biasa / hari sekolah ) RABU TUTUP

Begitu lah ceritanya di KUBANG GAJAH WATER PARK. Dekorasi moghul dan penggunaan warna warni menceriakan suasana bermula dari pintu masuk hingga ke dalam taman tema ini.

Apa lagi, jom rancang hari anda untuk mengunjungi KUBANG GAJAH WATER PARK di Temerloh Pahang Darul Makmur. Mereka sedia menanti kunjungan kita semua.


SUKACITA,

AYIE. 

Comments

Popular posts from this blog

LITAR ANTARABANGSA SEPANG ( SIC ) bukan hanya sekadar litar lumba..

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!