MASJID BULUH GUA MUSANG KELANTAN : MASJID PERTAMA SEUMPAMANYA DI KELANTAN !

 Assalammualaikum dan Salam Manis....

Dari jauh Ayie dah nampak sebuah menara masjid di tepi jalan utama tapi tak perasan lagi bangunan sebelahnya adalah sebuah masjid kerana 'kerendahan' bangunan tersebut dan ada kain rentang yang di pasang di hadapan sedikit menutupi keberadaan masjid ini lagi-lagi waktu Ayie sampai hari dah malam. Bila dah sampai di pintu masuk, barulah lebih jelas pandangan dan MasyaAllah cantik dan kagum dengan seni pertukangan tangan masjid ini.

Merupakan salah satu masjid yang mempunyai senibina unik di  Kelantan, Masjid Buluh Gua Musang ini adalah namanya. Trip Ayie ke Gua Musang kali ini telah menziarahi masjid ini dan dengan bangganya Ayie nak cerita tentang masjid ini. Sila baca ya....

Sesuai dengan namanya, Masjid Buluh ini dibina dengan hampir 90% menggunakan buluh termasuk bumbung bahagian dalamnya di alas dengan anyaman buluh. Menggunakan buluh betong tempatan (Dendracalamus Asper) dan buluh hitam (Phyllostachys Nigra) yang diimport dari Bandung, Indonesia. Rase-rasenya berapa banyak la batang buluh yang digunakan untuk mendirikan rumah Allah ini. Masjid ini tidak besar tapi cukup besar untuk memberikan keselesaan solat di dalamnya.

Terdapat beberapa pondok atau gazebo di sediakan di hadapan masjid untuk sekalian ummat duduk dan berehat yang juga diperbuat dari buluh. Malah pokok-pokok buluh yang rimbun pun ditanam di situ. Sangat mendamaikan jiwa. 


Masjid Buluh ini merupakan masjid pertama seumpanya di bina di Kelantan dan ia merupakan buah pikiran dari Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Memang idea yang bijak kerana buluh adalah hasil bumi yang banyak tumbuh subur di Malaysia bumi bertuah ini.

Masjid yang terletak di tepi Jalan Gua Musang - Kuala Krai Kelantan ini membuatkan ia sering menjadi pilihan orang ramai khususnya para musafir untuk menunaikan solat dan berhenti rehat. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan cuti sekolah, rakyat pantai timur biasanya akan melalui jalan ini dan Masjid Buluh telah tersedia menanti mereka. Ia juga hampir dengan stesen KTM Gua Musang.

Menunaikan kewajipan solat di masjid yang indah, bersih dan nyaman setelah penat memandu adalah nikmat yang takkan kau dustakan. Rehat sebentar dan hayatilah permandangan indah bukit batu kapur Gua Musang yang sangat dekat dengan masjid ini.

Parkir yang luas dan selesa selain ada kedai makan dan kedai serbaguna menanti kunjungan kita di sana. Malah kawasan sekitar Masjid Buluh kini di jadikan kawasan aktiviti lasak dan rekreasi Musa Eco Park yang semakin menjadi tumpuan pelancong.

Maka dengan itu, solatlah kamu walau dimana kita berada dan ingatlah wujud satu masjid yang unik senibinanya di Gua Musang ini iaitu Masjid Buluh Gua Musang Kelantan. ALLAHHUAKBAR!!


Sukacita,

Ayie.

Comments

Popular posts from this blog

inDrive, PDRM, dan Women’s Aid Organisation Menangani Isu Keselamatan Kritikal Keselamatan Dalam Sektor E-Panggilan

SULTAN PAHANG PERKENAN MENCEMAR DULI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN HOTEL WYNDHAM GARDEN SHAHZAN FRASER'S HILL

REDBOX PLUS KINI DIBUKA DI THE EXCHANGE TRX !!!