RESORT TAMAN EKO RIMBA KOMANWEL (RTERK) : LOKASI PERCUTIAN HUTAN SIMPAN MENARIK DI SELANGOR !!!

Assalammualaikum  &  Salam Manis....

Haii... jom Ayie nak bagi tahu tentang satu tempat menarik untuk ronda-ronda pusing Selangor dulu. Tempat rekreasi dan berehat di kehijauan dan kedamaian alam semulajadi yang pasti akan memberikan ketenangan dan keseronokkan. Mereka yang suka berkhemah dan sukakan hutan jom ke Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK).




Sebelum ini, Ayie dan mereka yang lain telah menghadiri Media FAM Trip & Open Day 2022 di Resort Taman Rimba Komanwel (RTERK) di Rawang, Selangor. Resort Taman Eko Rimba Komanwel menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi. Selalu nampak papan tanda tempat ni bila lalu di jalan raya menghala ke Rawang dari Gombak tapi tak pernah masuk dan kali ini Ayie berkesempatan nak tahu apa yang menarik di RTERK.



Memang banyak aktiviti menarik dan bikin hati gembira di Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini. Peminat aktiviti-aktiviti outdoor sila hadirkan diri dan cubalah naik ATV, berbasikal, berkayak, naik basikal elektrik, junggle trekking, berkhemah dan mandi sungai. Bagi mereka yang  hanya ingin rileks-rileks dan santai menghayati panorama alam hutan simpan RTERK adalah tempat yang sesuai. 






Lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota ini juga menawarkan permandangan alam semulajadi yang indah dan menyegarkan di tambah dengan banyak spot-spot cantik untuk bergambar sebagai nostalgia indah. Jangan lupa bergambar di MINI FLOWER GARDEN CIK BUNGA, CIK BUNGA TELEPHONE BOOTH, FOREST BY CIK BUNGA, THE WHITE COTTAGE, RIVER COTTAGE AREA, LUBARCAMP dan CAFE LOAVES & BITES. Semua tempat-tempat ini tersedia menanti kunjungan anda.








Dari nama tempat ini iaitu Komanwel, adakah ia ada sangkut paut dengan Sukan Komanwel atau negara Komanwel? Begini, Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

Kini, RTERK diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.



Oleh itu, sama ada ingin jalan-jalan atau bermalam di Resort Taman Eko Rimba Komanwel, pihak RTERK sedia membantu dan senang hati menerima kehadiran anda semua. Nak bercuti? Pusing Selangor Dulu!!!

RESORT TAMAN EKO RIMBA KOMANWEL (RTERK)

Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang, Compartment 3, 

48000 Rawang, Selangor.

Web : https://www.rterkpark.com/

Tel : +6012 276 1609


SUKACITA,

AYIE.



 




Comments

Popular posts from this blog

SULTAN PAHANG PERKENAN MENCEMAR DULI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN HOTEL WYNDHAM GARDEN SHAHZAN FRASER'S HILL

TEMERLOH UNLIMITED : KUBANG GAJAH WATER PARK - TAMAN TEMA AIR KOS RENDAH YANG CERIA !

LITAR ANTARABANGSA SEPANG ( SIC ) bukan hanya sekadar litar lumba..