RESTORAN SALAI POWER : JOM MAKAN PELBAGAI MENU SALAI TERBAIK DI SINI !!!!

 Assalammualaikum  &  Salam Manis....

Beberapa hari yang lepas Ayie pergi makan di restoran yang menyajikan menu salai-salai di Shah Alam iaitu Restoran Salai Power. Biasa Ayie dengar kalau nak makan masakan salai-salai ni, Negeri Sembilan la tempat popularnya dan kini kita boleh menjamu selera di Shah Alam je dan Salai Power menjual menu salai dari resepi negeri Pahang di mana kuahnya lebih pekat dan menggunakan cili yang berbeza. Sedap dan banyak pilihan. 

Di Salai Power ini menyediakan lauk-lauk salai yang pelbagai jenis. Antara salai-salai yang laku keras semestinya Daging Salai, Ayam Salai, Ikan Keli dan Ikan Patin Salai, Itik Salai, Gulai Siput Sedut, Telur Mayong Pais Tempoyak dan Lidah Salai. Bagi yang pertama kali atau tak biasa makan, lauk salai ini biasa dimakan dengan nasi putih, ulam-ulaman, telur masin dan sambal belacan. Baru lengkap nak menjamu selera. 










Mengembangkan lagi pilihan menu mereka, Nasi Lemak Lauk Salai juga ada. Pilihlah nak lauk apa, nak Daging Salai ke, Ayam Salai ke, Itik Salai ke, Lidah Salai ke, Lidah Berlado ke, Paru Dinosaur ke atau yang lain, tinggal oder je. Nasi lemak yang di kukus bertingkat-tingkat membuat nasi lebih enak dan special.  





Salai ialah satu kaedah masakan yang menggunakan asap dari kayu yang dibakar. Asap panas yang keluar akan memasak makanan sehingga masak. Di Salai Power, mereka menyalai sehari semalam untuk memberikan rasa terbaik. 


Restoran Salai Power telah beroperasi selama 5 tahun dan mengekalkan citarasa lauk dulu kala dan ala-ala kampung. Dimiliki oleh suami isteri Puan Siti Asiah Othman dan Encik Mohd Shahabudin Mahmud yang mempunyai pengalaman sebagai chef dalam bidang kulinari masakan. Mereka mendapat inspirasi dari menu dari orang tua dan mewujudkannya dalam sebuah restoran untuk dinikmati orang ramai.

Selain rasa salai yang terbaik, kuah gulai masak lemak yang pekat dan cukup rasa menjadi kekuatan di Salai Power. Ada 2 kuah yang boleh dipilih, nak yang pedas atau kurang pedas. Untuk Ayie yang suka makan pedas ni, haruslah ambil yang pedas dan memang rasa pedas yang buat ketagih. Sedar-sedar semangguk Daging Salai habis kat Ayie sorang. 

Tidak hanya dengan salai-salai, pelanggan-pelanggan di Salai Power juga selalu memilih menu lain yang ada iaitu Ikan Bakar, Sotong Bakar, Butter Cheese Chiken dan Soto. 






Lain kali, kalau Ayie datang lagi ke Salai Power, mesti nak order lagi Daging Salai, Ikan Keli Salai, Gulai Siput Sedut, Butter Cheese Chiken dan Nasi Lemak Paru Dinosaor. Sedap dan kena dengan selera Ayie.

RESTORAN SALAI POWER

Jalan Keluang, Batu 8, Jln Kebun Tambahan.

40460 Shah Alam, Selangor.

Dibuka setiap hari, 8 pagi - 11 malam.

Puasa : bermula 3 petang.

Tel : 011- 2886 8153

FB : https://www.facebook.com/people/Salai-POWER-Restaurant/100063611948386/?locale=ms_MY

IG : https://www.instagram.com/salaipower_/?hl=en

Dengan harga yang berpatutan, Salai Power menanti kunjungan semua untuk menjamu selera. Bersempena Ramadan yang akan tiba, akan ada set-set makanan untuk dipilih semasa berbuka puasa nanti. Lengkap dengan kemudahan surau, Selamat Berbuka Puasa di Salai Power !!!

SELAMAT MENJAMU SELERA DI SALAI POWER !!!

PEDAS TAPI KETAGIH !!!


SUKACITA,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

inDrive, PDRM, dan Women’s Aid Organisation Menangani Isu Keselamatan Kritikal Keselamatan Dalam Sektor E-Panggilan

LITAR ANTARABANGSA SEPANG ( SIC ) bukan hanya sekadar litar lumba..

SULTAN PAHANG PERKENAN MENCEMAR DULI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN HOTEL WYNDHAM GARDEN SHAHZAN FRASER'S HILL