SULTAN PAHANG PERKENAN MENCEMAR DULI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN HOTEL WYNDHAM GARDEN SHAHZAN FRASER'S HILL

ASSALAMMUALAIKUM  &   SALAM  MANIS......

Merafak sembah dan menjunjung kasih.

Siang hari 5 September 2024 menjadi hari bersejarah bagi hotel Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas limpah perkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill di Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur.



Majlis perasmian ini dimulakan dengan KDPB Sultan Pahang memotong reben perasmian di depan pintu masuk hotel sambil disambut dengan persembahan tarian singa dan diarak ke tempat perasmian utama. Turut mengiringi KDPB Sultan Pahang ialah YM Dato' Indera Tun Putra Ahmad Aizuddin Shah, Dato' Sri Omar Naresh Mohan, YB Cik Leong Yu Man beserta tetamu-tetamu kehormat yang lain.





Kemeriahan majlis perasmian ini semakin menarik apabila KDPB Sultan Pahang menyempurnakan penanaman pokok Damar Minyak dan melepaskan beberapa ekor burung merpati putih sebagai simbolik Majlis Pembukaan Rasmi Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill. Menjunjung Kasih Tuanku.





Kini, Wyndham Garden Shahzan Fraser's Hill yang dahulunya Shahzan Fraser's Hill dengan bangganya mengumumkan pembukaannya dan sedia menanti kunjungan tetamu untuk merasai pengalaman menginap di hotel unik dan serba baru di Bukit Fraser. Alami gabungan pesona kolonial dan keselesaan moden di destinasi terbaru Bukit Fraser, Pahang. Dengan udara yang dingin dan panorama kehijauan serta pekan kecil Bukit Fraser, hotel ini mempunyai 92 bilik penginapan dan pelbagai kemudahan lain untuk para tetamu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shahzanfrasershill.com/ 

Tel: 09-362 2300










SELAMAT DATANG KE WYNDHAM GARDEN SHAHZAN FRASER"S HILL !


SUKACITA,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

MAKAN DALAM SUNGAI DI BBQ LAMB KL KEMENSAH.

DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!