RAMADHAN EXTRAVAGANZA BERSAMA TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR.
Assalammualaikum & Salam Manis...
Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan yang bukan sahaja mengajar kita mengenal arti kesabaran, kesaksamaan, kesederhanaan malah saling bermaafan di antara satu sama lain seikhlas hati selain berkumpul untuk beribadat disamping menikmati juadah iftar bersama-sama.
Bufet Ramadhan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur akan bermula dari 2hb Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025 dengan bertemakan 'RAMADHAN EXTRAVAGANZA' yang menyajikan lebih 172 pilihan hidangan juadah berbuka puasa disediakan khas untuk para pengunjung bertempat di Restoran pilihan ramai tidak lain tidak bukan di Restoran Suasana@27 di aras 27, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.
Chef Eksekutif, Azizul Bin Mohd Noor berkata, "Di atas permintaan ramai menu hidangan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu dikekalkan kerana ianya sinonim dengan selera rakyat Malaysia. Menu utama kami yang menjadi buah mulut ramai pengunjung seperti 'Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, Sup Gear Box dan Gulai Daging Batang Pisang. Untuk kelainan Ramadhan tahun ini, para tetamu akan disajikan juga menu baru Sup Kepala Ikan selain menu hidangan masakan Antarabangsa. Sebanyak 16 buah gerai menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri sepertimana konsep pada tahun ini iaitu RAMADHAN EXTRAVAGANZA'. Kalau ingin tahu dan merasainya, cepat lah membuat tempahan sebelum penuh".
Pencuci Mulut juga tidak dilupakan seperti potongan Buah-Buahan Tempatan, Kurma, Dried Fruit, Assorted Nuts, 10 pilihan Kuih Melayu, Sagu Gula Melaka, Pulut Manga, Pulut Durian, Assorted Slice Cake, Jelly & Puding, 2 pilihan kek, Parlova, Assorted Tart, Mini Chocolate Mud, Cheese Cake, Caramel Fruit Cake, Swiss Roll, Mille Feuille, Cream Puff, Eclair, Panna Cotta, Mango Mousse, Strawberry Mouse, Cream Yogurt Strawberry, & Tropical Whole Fruit.
Selain daripada itu, Gerai Biskut Balang yang menyediakan 6 jenis Biskut Kampung, Geral ABC, Candol dan Ais Krim. Buko Pandan, Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum & Gerai Air Balang. Tak lupa juga Teh Tarik dan Kopi Kampung.
Bagi yang menginginkan suasana yang lebih peribadi atau mahu mengubah rasa ke arah Western anda boleh memilih untuk membuat tempahan di Restoran Eksklusif kami di TAMU Sky Lounge, di Aras 40 dan Sky View, Aras 42. Rasailah keenakan Daging Wagyu Halal yang 'Juicy and Melt in the Mouth' pastinya membuka selera pada setiap tetamu yang menikmatinya sambil bertemankan pemandangan menarik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Baucar Awal Ramadhan telah dibuka untuk jualan dari sekarang sehingga minggu pertama Ramadhan dengan kos RM99++ untuk seorang. Bagi pengunjung yang datang singgah terus untuk Iftar tanpa tempahan daripada 2hb Mac 2025 sehingga 30hb Mac 2025, kos sebanyak RM169++ untuk seorang akan di kenakan. Namun, di sarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda.
Harga sebenar untuk 'RAMADHAN EXTRAVAGANZA' merupakan RM169+ untuk Seorang, RM75+ untuk Warga Emas yang berumur atas 60 tahun dan RM70+ untuk Kanak-Kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah. Sila hubungi Restoran Suasana@27 menerusi talian hatel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9360 untuk tempahan dan pembelian baucar anda dengan segera.
Terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki yang singkat ke Majid Jamek Kampong Bharu, hotel kami merupakan tempat penginapan yang tepat dan selesa untuk menunaikan ibadah Tarawih, Tadarus dan Qiamullai. Sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, para tetamu boleh menjalankan ibadah dengan peruh keselesaan dan ketenangan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan tawaran pakej ponginapun bilik istimewa pada harga RM160+ untuk Dua Hari Satu Malam (2HIM) dengan Sahur Percuma untuk Dua Orang dan juga diskaun sebanyak 20% untuk Ramadhan Extravaganza Berbuka di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Kami akan menanti dan mengalu-alukan kehadiran anda bersama keluarga tercinta serta sahabat handai ke 'RAMADHAN EXTRAVAGANZA' di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur untuk menikmati juadah Iftar di samping meluangkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang serta kemudahan untuk beribadah bersama kami.
Sila hubungi Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur melalui talian hotel +603 2603 1999 atau WhatsApp ke +6019 303 9560 untuk tempahan dan pembelian Baucar Iftar, 'RAMADHAN EXTRAVAGANZA anda.
Dalam keterujaan menyambut tibanya Bulan Suci Ramadhan yang dinantikan, janganlah kita alpa untuk memanjatkan Doa tanda Syukur Kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita semua dapat bersua kembali bagi bersama sama meraikan kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini dengan penuh keikhlasan disamping berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.
Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa di TAMU HOTEL.
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment